Riadah ke Daerah Tutong anjuran Kakitangan SMAS

Khamis 8 Disember 2016, kakitangan Sekolah Menengah Awang Semaun sekali  lagi menganjurkan aktiviti lawatan sambil belajar serta beriadah ke Daerah Tutong. Rombongan diketuai oleh Cg Siti Marienah binti Umar,Pemangku Pengetua SMAS. Kira-kira 60 orang menyertai termasuk kakitangan SMAS,guru-guru serta ahli keluarga.

Pada jam 7 pagi rombongan berkumpul dan bertolak dari Masjid Pg muda Abdul Mateen Mulaut menuju destinasi pertama iaitu Tamu Tutong di Kampung Serambangun. Di Tamu Tutong rombongan melihat hasil jualan penduduk Daerah Tutong seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kuih muih serta Kraftangan Brunei.

Kira-kira jam 10, rombongan bertolak ke Kilang Sagu Kampung Ukong. Disini,rombongan melihat tunjuk cara pemerosesan sebelum menjadi Ambulong dan cara membuat ambuyat. Rombongan mencuba makan ambuyat berserta cacah binjai dan pusu bermadu. Lawatan dimeriahkan lagi dengan jualan ambulong,cacah dan pusu.

http://vilis.moe.gov.bn/smsemaun/Lists/NewsWithShare/DispForm.aspx?ID=35&Source=http%3A%2F%2Fvilis%2Emoe%2Egov%2Ebn%2Fsmsemaun%2FLists%2FNewsWithShare%2FAllItems%2Easpx&ContentTypeId=0x01003D6F492E0A694A4C85A2C2F2A3734EB7&RootFolder=%2Fsmsemaun%2FLists%2FNewsWithShare

Leave a Reply